Bahan-bahannya:


Ketam lebih kurang 5 ekor yang telah di potong .
Bawang Putih
Bawang Besar
Halia
Kunyit
Lada Hitam
Belacan
Semua Bahan-bahan diatas dikisar tak termasuk ketam.
Lain-lain Bahan:
Serai
Daun Kari
Rempah Kari
Asam Jawa
Sos Chili
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Telur 1 biji
Cara-cara nya;

Tumiskan daun kari dan serai, serta masukkan bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.Masukkan sos chili dan rempah kari serta gula,garam,serbuk perasa,perahan air asam jawa dan masukkan ketam sehingga masak.Apabila sudah agak masak pecahkan sebiji telur untuk memekatkan kuah masakan tadi.
Siap untuk di hidangkan-cubalah,

Bahan-bahan nya;

Ikan Kitang atau lain jenis ikan.
Lada Kering
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Kunyit
Semua Bahan-bahan diatas dikisar, tak termasuk ikan.
Lain-lain bahan:
Asam Jawa
Garam
Serbuk perasa
Daun Kesum

Cara-caranya;

Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga garing.Masukan air asam jawa.Tunggu sehingga mendidih,masukan ikan dan garam serta serbuk perasa.Apabila sudah masak masukan daun kesum.
Siap untuk dihidangkan -cuba-cubalah resepi ini.
Wati resepi 06″

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.